Monday 20 May 2013

GGGE2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN (MODEL)

Setelah bertungkus lumus memikirkan apa yang nak dibuat sebagai model, saya memilih untuk membuat beg serbaguna dengan meggunakan seluar jeans yang lama.


















Saturday 11 May 2013

GGGE2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN (VIDEO)

1. Jururawat lelaki

Siapa sangka jururawat lelaki boleh berlagak seperti superhero!



2. Rawatan pelik

Sebuah video yang menarik memaparkan rawatan-rawatan yang pelik dan tidak diketahui umum.



3. Efek ubat bius.

Kalau ini terjadi semasa rawatan, pasti lawak. 




4. Magnetic Resonance Imaging (MRI) di Jepun.

Satu klip dari gameshow Jepun. Bagaimana MRI dijalankan? Saksikanlah....



5. Sakit bersalin.

Bagaimana rasa sakit berslin ya? Biar dua lelaki ini yang menggambarkannya...



6. Dewan bersalin

Apabila hospital mengutamakan nama daripada pesakit.


7. Bidan lelaki.

Mungkin suatu hari nanti jururawat lelaki pun boleh menyambut kelahiran bayi.



8. Iklan rokok Indonesia

Kalau buat ni di Malaysia agak-agak perokok lari tak?




9. Tarian cuci tangan

Jom kita menari cuci tangan. Senang saja....




10. Kartun anemia

Sebuah animasi yang menggambarkan anemia iaitu kekurangan sel darah merah di dalam badan.





GGGE2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN (GAMBAR)

1. Argus II


Menjadi buta adalah sesuatu yang ditakuti oleh semua orang. Penglihatan amat penting bagi manusia kerana ia membantu dalam pembelajaran, melengkapkan tugas harian dan dalam perhubungan. Kehilangan keupayaan untuk melihat akan memberi impak yang kuat dari segi mental dan emosi. Dalam tempoh beberapa tahun lagi, buta mungkin tidak menjadi kebimbangan lagi kerana saintis mula mencipta mata bionik iaitu Argus II. Alat ini terdiri daripada 2 elemen iaitu retina tiruan yang ditanam melalui pembedahan ke dalam mata pesakit; dan sepasang kaca mata dilengkapi dengan kamera yang mengambil gambar dan menghantarnya ke retina tadi untuk pemprosesan imej. Walaupun kos untuk rawatan ini mahal iaitu sebanyak $150 000, ia memberi jaminan kepada pesakit untuk melihat kembali. Kini rawatan ini terdapat di 7 hospital di 5 negeri dalam Amerika Syarikat iaitu New York, Pennsylvania, Texas, Maryland dan California.

2. miniME

Dengan kemajuan teknologi sekarang ini, pelbagai bidang telah ditingkatkan dan diberi nafas baru dari segi pengurusan tugas harian. Bidang perubatan tidak melepaskan peluang menggunakan kemudahan ini dalam membantu meningkatkan taraf kesihatan pesakit. miniMe bakal digunakan dalam sektor perubatan kerana fungsinya yang amat berguna kepada pekerja sektor ini. Alat ini boleh memeriksa jantung melalui elektrokardiografi (EKG), tekanan darah, kadar nadi, suhu badan, paras gula dalam darah dan juga paras kolesterol dalam darah. Segala data yang diperolehi akan dihantar ke alat mudah alih, komputer dan pelbagai alat teknologi lain bagi membantu dalam pencapaian maklumat pesakit.

3. Intelliject 

Alahan yang teruk boleh membawa maut kepada si pesakit sama ada dari makanan, ubatan, atau gigitan haiwan. Pesakit akan mengalami masalah untuk melakukan aktiviti harian kerana mereka perlu membawa ubat alahan ke mana sahaja mereka pergi. Eric dan Evan telah mencipta Intelliject, sejenis alat yang membantu dalam pemberian ubat kepada pesakit yang mempunyai alahan. Dengan rekaannya yang kecil dan bersaiz kad kredit, ia senang dibawa ke mana sahaja. Ia dilengkapi dengan jarum yang boleh ditarik balik untuk mengelak kecederaan.

4. Signos Portable Ultrasound

Alat pengimejan mudah alih sudah semestinya menjadi pilihan dalam sesebuah institusi kesihatan. Dengan saiz sebesar Blackberry, ia mudah dibawa ke mana sahaja untuk digunakan dalam pelbagai situasi. Jika sebelum ini pesakit perlu dihantar ke unit pengimejan untuk melihat keadaan dalam tubuh pesakit, kini tugas tersebut boleh dilakukan di sebelah katil pesakit dan keputusan boleh diperoleh dengan segera. Alat ini membantu dalam mendiagnos penyakit pesakit dan membantu merancang dalam jagarawatan.

5. Oaze Hair Beam

Alat ini digunakan untuk merawat masalah keguguran rambut disebabkan oleh genetik dan peningkatan usia. Menggunakan kaedah laser, ia menggalakkan pertumbuhan rambut pesakit dan dengan beberapa kali rawatan, rambut pesakit akan pulih seperti biasa. Rawatan laser menjadi pilihan kerana pesakit boleh mengelak dari pembedahan yang bakal memberi pelbagai komplikasi.

6. VeinViewer

Ujian darah amat penting untuk mengenalpasti penyakit dan mengetahui keadaan pesakit. Jangkitan-jangkitan seperti Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan hepatitis akan dapat dikenalpasti dan dirawat lebih awal melalui ujian ini. Dengan adanya VeinViewer ini, proses pengambilan darah akan menjadi lebih mudah dan mengurangkan kesakitan. Alat ini menggunakan cahaya infrared, kamera digital dan unit pemprosesan gambar untuk membentuk gambaran saluran darah pesakit. Jarum akan disuntik ke dalam saluran darah yang dipandu oleh gambar itu.

7. Flu Chip

Sebelum ini dunia digemparkan dengan wabak pandemik virus influenza A H1N1 yang meragut banyak nyawa. Mangsa terdiri daripada orang dewasa dan juga kanak-kanak menunjukkan simtom-simtom seperti sesak nafas, demam dan selesema. Sekumpulan pengkaji di Universiti Harvard telah mencipta Flu Chip untuk mengesan jangkitan H1N1 ini. Alat ini mengenalpasti sejenis protein iaitu asid ribonuklik (RNA) dan menukarkannnya kepada asid dioksiribonuklik (DNA). Ianya murah dan keputusan dapat diperoleh dengan cepat.

8. ITClamp


Diinspirasikan oleh klip rambut, sekumpulan pakar bedah telah mencipta ITClamp untuk menghentikan pendarahan yang dialami oleh mangsa trauma. Alat ini dapat mengelakkan kematian yang disebabkan oleh pendarahan yang teruk dan digunakan oleh paramedik dalam mengawal kadar kehilangan darah sebelum tiba di hospital. Penggunaannya yang mudah membolehkan sesiapa sahaja memakaikannya kepada mangsa.

9. J!NS PC



Menghadap komputer dalam jangkamasa yang panjang akan membuat mata keletihan dan menyumbang kepada masalah seperti sakit kepala. Sebuah syarikat di Jepun bernama JINS telah menghasilkan kaca mata untuk mengatasi masalah ini. Skrin komputer memancarkan sejenis cahaya yang memberi tekanan kepada mata. Dengan adanya kaca mata ini, ia menghalang 55% cahaya ini dan mengurangkan mata daripada keletihan.

10. DryBath



Siapa tahu suatu hari nanti kita mandi tanpa menggunakan air. Seorang usahawan muda bernama Ludwick Marishane telah mencipta DryBath yang murah, bersih dan senang digunakan sebagai ganti kepada air. Kisah bermula apabila Ludwick ingin membantu rakannya yang malas untuk mandi dan masalah kekurangan air yang dihadapi di negaranya, Afrika. DryBath kini digunakan syarikat penerbangan dan tentera untuk memberi keselesaan.  Penciptaan alat ini membantu masyarakat miskin menyimpan air untuk kegunaan yang lebih penting.

Sunday 21 April 2013

My Favorite Chefs

Since I was young, I love to watch cooking programs on the television. It's facinating to watch the chef cutting and chopping the ingredients to make their dishes. Back then, I don't have astro or any channel services, so I can only watch the local channel. Since I'm from Malaysia, the first chef that I know was Chef Wan. He cooks variety of foods, from local delicasies to the international dishes and he also travel across the country to introduce others to variety of Malaysian foods according to the area's specialty. The increase in variety of cooking shows introduce me to other chefs like Chef Ismail, Chef Florence Tan, and Chef Zam. Different people have different style of cooking and masters different type of foods.




Chef Wan
Chef Ismail



Chef Florence Tan

Lian Sherson
There are some Malaysian young chefs who've gone abroad to introduce local cuisine to other country like Chef Lian Sherson. I first seen him in one of the program in Asian Food Channel (AFC) along with his other comrades. In his show '5 rencah 5 rasa', he had shown his cooking ability besides making jokes and entertain the viewers.



Besides local chefs, I also love to watch other chefs from different countries cooking their local foods. Each of them have their own personality that makes me fall in love into cooking more. Watching their show simply makes me want to learn other culture and cook their food so I can taste it myself. Chefs like Jamie Oliver, Anna Olson, Nigella Lawson, and Rick Bayless. There are also some chefs who I knew through youtube that also have their spot in viewer's eyes such as Laura Vitale and Stephanie Jaworski.

Anna Olson
Stephanie Jaworski
Nigella Lawson
Laura Vitale
Jamie Oliver



Rick Bayless








Tuesday 16 April 2013

Hantu Ketapang

Last Friday (12 April 2013), aku dengan geng2 teater KUPAST pi la tengok satu teater ni kat MPAJ bertajuk Hantu Ketapang. Dengar tajuk mcm seram ja kan? At first rasa jugak la mcm takut2 nak tengok.....lol. Tapi selagi x tengok kita x boleh expect apa2 la kan.Bawah ni poster promo dia.....pelakon mantop2.....

Starting teater seram jugak dengan hilaian hantu2 tu.... pastu muncui lah pocong (Mamu RL) buat lip sync lagu "hantu, ada hantu, mana hantu, mana mana" tu. Kalau nak crita pasai teater tu kat sini mmg x dak masa la kan... so biar la gambar2 ni entertain hampa no....

Ni la salah sorang pelakon dia.....Ezad Exist. Suara masih mantop mcm dlu2

Raja Azrey. Kenai dak?

Ni Aliff AF brapa x igt. 

Ni la Mamu RL. Masa mula2 dia pegang watak pocong. Kat ending tu dia pegang watak pondan siam merangkap pembantu bomoh siam (Ani Mayuni). Lawak la scene last tu. Kalau hampa tengok mesti gelak lah... haha

And lastly.....haha. Cun dak? Sempat lagi tangkap gambaq dengan Nas Adila. Cantik orangnya, kecik ja.

Sebelom ni si Nas Adila ni penah belakon dalam teater 6 Jahanam kalau x silap. Bila dengaq dia belakon dlm teater kali ni, aku terus follow. haha. Seblom balik tu aku x lepas pluang la amek gambaq dgn semua pelakon dia dan minta sign skali. Sangat seronok la tengok teater ni.... Kalau ada lagi, Insya Allah aku akn p tgk......

So thats all for post kali ni.....Jumpa lagi nnt. Assalamualaikum

Tuesday 12 June 2012

Post baru setelah sekian lama....

Here I am.....dlu punya la semangat nk tulis blog pastu x post apa2 dah. Baru skrg terpikir kenapa dlu gatai nk buat blog sgt hehe. Ak da upload cita vampire diaries season 1 tp mcm xda smbutan pon, mebi sbb ak x promote sma kot. Malu plak nk promote kat org lain takot nnt dpt komen2 pedash menusuk jantung luluh bernanah disambar hujung lidah...ha gtew. Mebi I'll start dgn a few download link utk movie n drama....K, smpai sini dlu.....chow!!

Saturday 5 May 2012

Overview of my blog

Salam. Ni first time la aku buat blog. Dok tgk member dok buat mcm best ja, so why not I try to make one. For me la, blog ni kinda like a diaries but exclude the private things *xkan nk heboh hal personal kat org len kan?. Ramai jugak yang jadik famous dlm dunia blogger ni but thats not my intention la. 
So.......for my blog, aku just nak post pasal apa2 yang menarik bagi diri ak, mcm link movie or drama, pasal health a bit, and also my recent or upcoming activity yang menarik yang boleh ak kongsi dgn korg la and I'll make sure it brings manfaat to all of us. Until then, bye for now and wait for my next post, maybe about my bio la sket kan sbb xknal maka x chenta. haha. Chow!!!